Tuesday, April 14, 2009

UMNO Lembah Pantai meraikan Menteri Wilayah Persekutuan


Bertempat di Dewan UMNO Lembah Pantai,Bukit Bangsar pada Ahad 12 April, warga UMNO Lembah Pantai berbangga meraikan Ketuanya YBM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dilantik Perdana Menteri Malaysia sebagai Menteri WP yang baru.

Majlis yang disusuli solat berjemaah serta tahlil kesyukuran di Surau Al_Islamiah Bukit Bangsar, UMNO Cawangan Kg Maarof yang mana hadirin memenuhi ruang solat surau tersebut.

Dalam ucapannya, YBM Dato Raja Nong Chik merakamkan setinggi terima kasih atas sokongan daripada warga UMNO Lembah Pantai. Beliau menekankan akan mengamalkan sikap mesra rakyat dan akan turun padang mengenal pasti keperluan dan kesusahan rakyat khususnya di Lembah Pantai sepertimana yang diamalkan beliau selama ini.

Beliau malah sanggup duduk sama di kedai mamak sekiranya diperlukan dan dpanggil oleh warga Lembah Pantai menunjukkan beliau tidak kekok bergaul dengan golongan rakyat jelata.

Beliau juga berjanji akan berusaha menyelesaikan masalah rakyat Lembah Pantai dan meminta sokongan padu serta kerjasama dari segenap lapisan UMNO Lembah Pantai. Peranan beliau yang lebih besar di Wilayah Persekutuan bermakna bukan hanya Lembah Pantai yang perlu di pantau malah 12 bahagian lain di Wilayah Persekutuan ini.

YBM Dato Raja akan menghadiri majlis penyerahan tugas dari bekas Menteri WP yang lalu di Putrajaya pada Selasa 14 April 2009. Semoga Menteri WP baru ini akan memberi yang terbaik dalam tugasnya membangunkan WP khususnya merampas kembali Bahagian yang telah jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 lalu.

No comments: