Saturday, April 25, 2009

Dari Ketua UMNO Bahagian ke Majlis Tertinggi UMNO


Tahniah sekali lagi kepada YBM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, atas perlantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang diumumkan baru-baru ini.

Warga Lembah Pantai khususnya ahli UMNO sememangnya bertuah kali ini atas rahmat Allah swt kerana Lembah Pantai tidak putus-putus dikurniakan pelbagai berita baik sejak peralihan kuasa UMNO yang baru.

Untuk itu,UMNO Lembah Pantai perlulah menggunakan saluran serta kemudahan yang ada dalam memajukan, membangun serta menjaga Lembah Pantai keseluruhannya agar rakyat dapat hidup dengan sejahtera.

UMNO perlulah berusaha seawal -awalnya bagi merampas kembali Lembah Pantai dari tangan pembangkang. Syabas Lembah Pantai.

2 comments:

jeanbara said...

Tahniah Datuk. Hargailah amanah yang diberikan. Berusahalah membantu mengembalikan maruah UMNO bukan sahaja di Lembah Pantai dan Wilayah Persekutuan, tetapi di setiap inci bumi Malaysia ini.

Tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

Salam semua,

Mari bantai YB Dr. yang perasan ada orang nak kacau dia... haha

ni ha blog nye :


http://docpearl.blogspot.com/

p/s : x selera aku