Saturday, April 25, 2009

Dari Ketua UMNO Bahagian ke Majlis Tertinggi UMNO


Tahniah sekali lagi kepada YBM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, atas perlantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang diumumkan baru-baru ini.

Warga Lembah Pantai khususnya ahli UMNO sememangnya bertuah kali ini atas rahmat Allah swt kerana Lembah Pantai tidak putus-putus dikurniakan pelbagai berita baik sejak peralihan kuasa UMNO yang baru.

Untuk itu,UMNO Lembah Pantai perlulah menggunakan saluran serta kemudahan yang ada dalam memajukan, membangun serta menjaga Lembah Pantai keseluruhannya agar rakyat dapat hidup dengan sejahtera.

UMNO perlulah berusaha seawal -awalnya bagi merampas kembali Lembah Pantai dari tangan pembangkang. Syabas Lembah Pantai.

Thursday, April 23, 2009

Berita Terkini -Kebakaran Blok B1 DBKL Bukit Bangsar

Penduduk di Bukit Bangsar dikejutkan sebentar tadi jam 10.50malam apabila sebuah rumah kosong dijilat api yang sungguh marak. Beberapa unit sekitarnya hampir terbakar sama dan mungkin mengalami kerosakan kerana pancuran air bomba.

4 blok DBKL banyak yang dikosongkan kerana penghuni berpindah ke Perumahan Pantai Permai yang lebih selesa. Kerana tiada pemantauan dari pihak berkenaan, rumah kosong menjadi sarang nyamuk, jenayah,serta dipenuhi sampah-sarap.

Ada juga yang menghuni unit yang kosong secara tidak sah. Pihak terbabit perlu memantau perumahan tersebut untuk mengelak kerugian serta pembaziran. Menurut sumber,ada yang memelihara binatang seperti kucing,anjing dan ayam yang nyata mengotorkan kawasan persekitaran.

Tuesday, April 14, 2009

UPSR oh UPSR


Beberapa bulan lagi anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR. Namun, kajian mendapati terdapat ramai anak-anak yang masih keciciran dalam matapelajaran yang terlibat dalam UPSR.

Kurang dari 5 bulan , mereka akan menduduki UPSR,masih ramai yang tidak boleh membaca dan menulis, mengira, tidak hafal sifir, inikan pula nak menjawab dalam Bahasa Inggeris.

Cabaran buat para pendidik di sekolah kerana mereka diharapkan menggilap anak-anak ke arah kecemerlangan di samping peranan ibu bapa mengawal dan menyelia anak mereka dalam bidang pelajaran.

Anak-anak pula perlu dimotivasikan agar menghargai pelajaran mereka, kerana dunia semakin mencabar buat mereka ketika dewasa kelak. Kita tidak mahu anak Melayu merempat di bumi tanah air sendiri.

UMNO Lembah Pantai meraikan Menteri Wilayah Persekutuan


Bertempat di Dewan UMNO Lembah Pantai,Bukit Bangsar pada Ahad 12 April, warga UMNO Lembah Pantai berbangga meraikan Ketuanya YBM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dilantik Perdana Menteri Malaysia sebagai Menteri WP yang baru.

Majlis yang disusuli solat berjemaah serta tahlil kesyukuran di Surau Al_Islamiah Bukit Bangsar, UMNO Cawangan Kg Maarof yang mana hadirin memenuhi ruang solat surau tersebut.

Dalam ucapannya, YBM Dato Raja Nong Chik merakamkan setinggi terima kasih atas sokongan daripada warga UMNO Lembah Pantai. Beliau menekankan akan mengamalkan sikap mesra rakyat dan akan turun padang mengenal pasti keperluan dan kesusahan rakyat khususnya di Lembah Pantai sepertimana yang diamalkan beliau selama ini.

Beliau malah sanggup duduk sama di kedai mamak sekiranya diperlukan dan dpanggil oleh warga Lembah Pantai menunjukkan beliau tidak kekok bergaul dengan golongan rakyat jelata.

Beliau juga berjanji akan berusaha menyelesaikan masalah rakyat Lembah Pantai dan meminta sokongan padu serta kerjasama dari segenap lapisan UMNO Lembah Pantai. Peranan beliau yang lebih besar di Wilayah Persekutuan bermakna bukan hanya Lembah Pantai yang perlu di pantau malah 12 bahagian lain di Wilayah Persekutuan ini.

YBM Dato Raja akan menghadiri majlis penyerahan tugas dari bekas Menteri WP yang lalu di Putrajaya pada Selasa 14 April 2009. Semoga Menteri WP baru ini akan memberi yang terbaik dalam tugasnya membangunkan WP khususnya merampas kembali Bahagian yang telah jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 lalu.

Saturday, April 11, 2009

Keadaan Jalan di Lorong Maarof

Keadaan jalanraya di Lorong Maarof, Bangsar baru diturap tak sampai setahun lalu. Apa yang menghairankan, pihak berwajib ataupun pihak berkuasa tidak adakah perancangan yang terperinci dalam membangunkan sesuatu.?

Contohnya, Lorong Maarof yang baru diturap dan kelihatan cantik, telah 2-3 kali di potong dan di tampal semula tetapi kali ini tidak sekata menjadikan jalan tersebut tinggi rendah.

Bila hujan lebat, timbullah lubang yang semakin besar hari demi hari sehingga merbahayakan pengguna jalanraya tersebut. Apa yang disarankan, jika hendak dipotong untuk ditanam kabel, membaiki paip sebagainya, perlulah dirancangkan terdahulu. Jika tidak akan merugikan kerana turapan baru hanya disia-siakan sahaja kelak.

Keadaan yang sama tejadi dibeberapa lokasi dalam Lembah Pantai. Untuk itu, pihak berwajib perlulah ambil kira hal ini.

Isu Pembangunan di Lembah Pantai

Isu sensitif yang sedikit sebanyak meragut kekalahan BN dalam PRU 12 lalu antaranya penempatan setinggan. Walaupun sebilangan besar penduduk setinggan telah berjaya ditempatkan di kediaman baru yang lebih selesa dan murah ada segelintir yang enggan berpindah dengan pelbagai alasan.

Semasa YM Dato' Raja Nong Chik memegang Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai sehingga Julai 2004, beliaulah yang turun naik DBKL memperjuangkan hak penghuni setinggan di Lembah Pantai di samping Wakil Rakyat ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penduduk Kampung Pasir Lama tentunya maklum akan hal ini di mana Dato Raja Nong Chik telah ke DBKL lebih 25 kali demi memperjuangkan penduduk di situ.

Isu terpencil yang dibesarkan pembangkang berkenaan isu setinggan telah mengaburi rakyat dalam PRU 12 lalu. Mereka yang tidak mahu berpindah disebabkan terlalu "demand" yang diketuai dan dihasuti agen pembangkang, maka tersebarlah mengatakan BN dan UMNO gagal menangani isu setinggan.

Setelah menang,PKR pula seolah langkah kanan ke Lembah Pantai kerana banyak isu telah pun diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN amnya. Nurul Izzah yang mentah dalam politik, menggunakan khidmat peguamnya bilamana berurusan dengan DBKL dan kementerian.

Kepada warga Lembah Pantai yang telah menerima jasa UMNO dan BN selama ini, bersyukurlah pada yang Kuasa kerana BN lah selama ini yang berjuang untuk rakyat di sini sebelum seorang yang gila kuasa nak menjadi Perdana Menteri Malaysia memporak-perandakan keharmonian serta perpaduan rakyat di negara ini.

Friday, April 10, 2009

YBM Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan


Tahniah diucapkan kepada YBM Dato Raja Nong Chik atas perlantikan beliau menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan.

Warga Lembah Pantai khususnya ahli UMNO wajar bersyukur atas anugerah dan peluang yang dilimpahkan Allah swt. Di kala UMNO melalui saat getir dipandang sebelah mata oleh mereka di luar sana, Allah swt menurunkan satu rahmat sebagai pemangkin menyemarakkan semangat ahli UMNO dan Barisan Nasional untuk bekerja keras merampas kembali Lembah Pantai khususnya.

Perpaduan jitu dikalangan ahli UMNO dan BN Lembah Pantai adalah aset kemenangan BN pada PRU ke 13 kelak.

Friday, April 3, 2009

Orang PAS...kembalilah ke pangkal jalan


Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. ‘Pengundi hantu’ menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran dari ‘Ayah Pin’.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto. PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak. PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO.

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS. Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita? Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.