Saturday, April 11, 2009

Keadaan Jalan di Lorong Maarof

Keadaan jalanraya di Lorong Maarof, Bangsar baru diturap tak sampai setahun lalu. Apa yang menghairankan, pihak berwajib ataupun pihak berkuasa tidak adakah perancangan yang terperinci dalam membangunkan sesuatu.?

Contohnya, Lorong Maarof yang baru diturap dan kelihatan cantik, telah 2-3 kali di potong dan di tampal semula tetapi kali ini tidak sekata menjadikan jalan tersebut tinggi rendah.

Bila hujan lebat, timbullah lubang yang semakin besar hari demi hari sehingga merbahayakan pengguna jalanraya tersebut. Apa yang disarankan, jika hendak dipotong untuk ditanam kabel, membaiki paip sebagainya, perlulah dirancangkan terdahulu. Jika tidak akan merugikan kerana turapan baru hanya disia-siakan sahaja kelak.

Keadaan yang sama tejadi dibeberapa lokasi dalam Lembah Pantai. Untuk itu, pihak berwajib perlulah ambil kira hal ini.

1 comment:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Sahabat,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan UMNO Bahagian Lembah Pantai dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad serta AJK Cawangan Gombak Selatan juga ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada Ketua UMNO Bhg Lembah Pantai, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Di harap perlantikan beliau dapat memberi inspirasi baru warga kota dan dapat menyelesaikan masalah2 tertangguh di sekitar Kuala Lumpur.

Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,
Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan UMNO merangkap blogger
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.