Thursday, August 14, 2008

PENGISIAN KEMERDEKAAN


Beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Kemerdekaan ke 51. Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah.

Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu.

Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat

Rasa takut kepada Allah merupakan tunjang wujudnya kecenderungan dalam diri untuk melaksanakan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA, memberi kekuatan untuk sentiasa mempertingkatkan azam melaksanakan ibadah yang terbaik buatNYA, di samping menjadikan harapan ganjaran Allah sebagai janji yang pasti, di dunia dan yang lebih utama, buat bekalan di akhirat nanti.

Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat "Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas.

Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.

Pengisian kemerdekaan adalah yang terpenting. Baginda Rasulullah memperlihatkan kekemasan misi dan ketajaman visi apabila mentadbir negara Islam pertama Madinah. Kaum Aus dan Khazraj yang baru mengenali makna merdeka, kaum Muhajirin yang selama 13 tahun terbelenggu dengan Quraisy Makkah dan penderitaan, kini mengenali erti bebas dan merdeka.

Pengisian yang terpandu memperlihatkan Madinah dan warganya menampilkan kefahaman yang betul tentang erti kemerdekaan dan kebebasan dalam kerangka pemikiran Islam atau nilai-nilai kehidupan, sehingga tidak wujud pengertian dan persepsi yang bercanggah dengan trend sosio budaya serantau. Dengan demikian, tiada mana-mana golongan rakyat yang boleh menjadi alat kuasa besar untuk memungkinkan penjajahan pemikiran, budaya, politik dan ekonomi yang mengancam kemerdekaan serta kebebasan negara.

Negara ini juga menampilkan suatu kerangka pembangunan pendidikan insan muslim dan benua yang lebih sesuai dengan situasi dan kondisi umat di rantau ini. Di samping meningkatkan pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh baik dari segi rohani, jasmani, mental, budaya, akhlak, ilmu, teknologi, kesedaran politik, ekonomi, disiplin dan daya pertahanan. Usaha berterusan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman dalam kerencaman latar belakang yang wujud, dengan meneguh dan memantapkan jatidiri umat dan rupabangsa rakyat selaras dengan nilai-nilai murni agama Islam dalam batas yang tidak bercanggah dengan agama rasmi negara iaitu Islam.

Islam mampu berperanan dalam memperkasakan kemerdekaan dengan wujudnya usaha penyatuan umat dalam suatu kerangka perjuangan yang selaras, menjadikan para cendekiawan dan sarjana Islam sebagai rujukan utama yang diiktiraf serta yang dapat menyelesaikan pertikaian hukum fiqh atau pemikiran sosio-politik dan sebagainya. Dengan usaha ini, diharapkan ianya dapat menampilkan wacana dan perspektif Islam yang murni dalam berbagai lapangan dengan cara yang menarik, selaras dengan tuntutan zaman dengan menggunakan berbagai teknik terkini untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian cara Islam.

Di barat, segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Di sinilah pentingnay kemerdekaan pemikiran. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya.

Firman Allah dama surah al Baqarah ayat 164 yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu,Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ".

Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena.

Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri.

Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah. Kita berdoa kepada Allah agar diberikan keberkatan dalam setiap perkara yang dikurniakan.

Tidak terkecuali nikmat kemerdekaan ini. Keberkatan dari Allah amat diperlukan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan. Keberkatan ini juga adalah hasil dari usaha yang berterusan, berpancang perancangan strategik, penambahbaikan dan respon membina dan positif.

Semua ini akan mewujudkan ketenangan dan kesatuan masyarakat dan ummah, yang akan mendokong kesejahteraan negara

No comments: