Thursday, August 21, 2008

Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai


Pergerakan Wanita UMNO Lembah Pantai masih mengekalkan Ketuanya Datuk Hajah Sharifah Aminah Syed Ahmad.

Buat masa ini, tiada nama yang dicalonkan sebagai Ketua Wanita Umno selain penyandangnya.

Ahli akar umbi berharap Wanita UMNO akan lebih dinamik, progresif, maju serta cemerlang di masa-masa akan datang supaya UMNO akan terus dipandang relevan oleh orang Melayu di Lembah Pantai.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai


Haji M Sazali Kamilan telah memenangi Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai bagi tahun 2008-2011. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya disamping menyandang jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian ketika ini.

Dengan kemenangan berpihak kepada Haji M Sazali itu, diharapkan agar Pemuda UMNO Lembah Pantai dapat dipimpin dengan lebih cemerlang selaras dengan wadah UMNO yang memperjuangkan Bangsa Melayu lebih-lebih lagi golongan muda yang merupakan tunjang negara di masa depan.

Pencalonan UMNO Bahagian Lembah Pantai sehingga 18 Ogos 2008


Ketua Bahagian
1.Yusri Ahmad : 10 (Pemangku Ketua Bahagian)
2.Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin : 16 (Bekas Ketua Bahagian)
3.Hj Ahmad Zaharan Ibrahim : 10 (Ahli Biasa)

Timbalan Ketua Bahagian

1.Adnan Hj Mudzi : 10 ( Naib Ketua Bahagian)
2.Hj Rahmat Othman : 7 (Ketua Cawangan)
3.Ir Ikhsan Shamsuddin : 15 (Ketua Cawangan / Exco PPUM)
4.Yusri Ahmad : 1 (Pemangku Ketua Bahagian)
5.Zakaria Othman : 3 (Ketua Cawangan)

Naib Ketua Bahagian

1.Mohd Azuz Abd Razak : 21 (AJK Bahagian)
2.Hj Shahrul Azhar Ismail : 15 (AJK Bahagian)

Jumlah Cawangan : 47
Sudah Bersidang : 36
Perlu bersidang semula : 6

Ketua Pemuda Bahagian

1.Hj M Sazali Kamilan : 41 (Setiausaha Bahagian)-MENANG TANPA BERTANDING
2.Harrun Anuar : 3
3.Bahir Abu Bakar :1

Naib Ketua Pemuda Bahagian

1.Zailani Hj Abu Bakar : 40 (AJK Pemuda Bahagian)
2.Zulkifle Zainal Abidin : 4 (PSU Pemuda Bahagian)
3.Harrun Anuar : 1

Jumlah Cawangan Pemuda : 47
Sudah Bersidang : 45


Ketua Puteri Bahagian
1.YB Nolee Ashilin Mohd Radzi : 13 (AJK UMNO Bahagian, EXCO Puteri UMNO Malaysia, ADUN Tualang Sekah)
2.Norasyikin Jaafar : 11 (AJK Puteri Bahagian)

Jumlah Cawangan PUTERI : 25
Sudah Bersidang : 24

Friday, August 15, 2008

Pencalonan UMNO Bahagian Lembah Pantai sehingga 10 Ogos 2008


Ketua Bahagian

1. Yusri Ahmad : 5 (Pemangku Ketua Bahagian)
2. Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin : 15 (Bekas Ketua Bahagian)
3. Hj Ahmad Zaharan Ibrahim : 10 (Ahli Biasa)

Timbalan Ketua Bahagian
1. Adnan Hj Mudzi : 6 ( Naib Ketua Bahagian)
2. Hj Rahmat Othman : 8 (Ketua Cawangan)
3. Ir Ikhsan Shamsuddin : 12 (Ketua Cawangan / Exco PPUM)
4. Yusri Ahmad : 1 (Pemangku Ketua Bahagian)
5. Zakaria Othman : 3 (Ketua Cawangan)

Naib Ketua Bahagian

1. Mohd Azuz Abd Razak : 17 (AJK Bahagian)
2. Hj Shahrul Azhar Ismail : 13 (AJK Bahagian)

Jumlah Cawangan : 47
Sudah Bersidang : 30
Perlu bersidang semula : 3

Ketua Pemuda Bahagian

1. Hj M Sazali Kamilan : 32 (Setiausaha Bahagian)
2. Harrun Anuar : 3 (Ahli Pemuda)

Naib Ketua Pemuda Bahagian

1. Zailani Hj Abu Bakar : 31 (AJK Pemuda Bahagian)
2. Zulkifle Zainal Abidin : 3 (PSU Pemuda Bahagian)
3. Harrun Anuar : 1

Jumlah Cawangan Pemuda : 47
Sudah Bersidang : 35

Ketua Puteri Bahagian

1. YB Nolee Ashilin Mohd Radzi : 9 (AJK UMNO Bahagian, EXCO Puteri UMNO M'sia)
2. Norasyikin Jaafar : 9 (AJK Puteri Bahagian)

Jumlah Cawangan Puteri : 25
Sudah Bersidang : 18

Thursday, August 14, 2008

Pemilihan UMNO Lembah Pantai


Sudah tiba musim pemilihan UMNO di seluruh Negara. Tidak asing lagi, pertandingan sengit di Lembah Pantai yang mempunyai sejarah dan karenah politik UMNO nya tersendiri sejak dahulu lagi.

Kali ini pertandingan dari pelbagai peringkat , baik dari cawangan mahupun di 4 peringkat Kepimpinan Bahagian. Kekosongan jawatan menjadi rebutan para ahli UMNO khususnya dalam sayap Pemuda serta Puteri. Amalan Demokrasi dijadikan sandaran di mana ahli berhak memilih pemimpin yang difikirkan layak serta berkaliber dalam memimpin mereka.

Ahli Puteri contohnya bukan lagi naïf seperti ..4-7 tahun dahulu. Di mana mereka di cawangan disua- kan senarai nama yang akan bertanding ahli-jawatankuasa. Masa juga sudah berubah dan dunia kini semakin maju, ahli Puteri kini sudah “celik” dalam memilih pemimpin mereka di masa akan datang.

Antara nama yang menawarkan diri memegang jawatan ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai adalah seperti YB Nolee Ashilin Mohd Radzi dan Norasyikin Jaafar. Kedua-duanya mempunyai penyokong serta identiti tersendiri, potensi serta karisma dalam mempimpin Puteri UMNO Lembah Pantai.

Sementara Pemuda, Haji M Sazali Kamilan serta Harrun Anuar pula bertanding merebut Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang dikosongkan oleh Haji Norazmi Mohameddan kerana faktor umur.

Pertandingan jawatan dalam UMNO tidak harus ditakuti kelak membawa perpecahan kerana selagi pemikiran skeptikal membelenggu ahli UMNO selagi itulah UMNO tidak akan membawa perubahan minda serta perkembangan bangsa yang kompetitif, berilmu, maju , dihormati serta gah di Negara ini bersama bangsa lain.

Dalam era globalisasi, sesebuah bangsa perlu berdaya saing untuk sama-sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Untuk itu, anjakan paradigma perlu dipupuk dikalangan Bangsa Melayu yang mana UMNO menjadi pejuang kegagahan Melayu seperti masa dahulu.

Maka, Puteri dan Pemuda UMNO perlu melengkapi diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan baik ilmu dunia mahupun akhirat serta kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang kerana dunia kini bergerak terlalu pantas sekali.

Puteri dan Pemuda UMNO perlu melipat-gandakan usaha mereka dalam memajukan anak muda di Lembah Pantai. Golongan muda perlu didekati dan dibajai kerana merekalah penentu kerajaan akan datang. Cabaran paling utama adalah merampas kembali Parlimen Lembah Pantai dari PKR.

Semoga Puteri dan Pemuda UMNO kali ini diterajui oleh mereka yang benar-benar layak dan berkarisma dalam membawa amanat UMNO. Golongan muda memerlukan pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban dan bermandi peluh disamping ahli umno dalam membawa UMNO ke era gemilang serta diangggap Relevan dikalangan bangsa Melayu.

PENGISIAN KEMERDEKAAN


Beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Kemerdekaan ke 51. Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah.

Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan clan meneruskan sesuatu.

Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas claripada nafsu yang jahat

Rasa takut kepada Allah merupakan tunjang wujudnya kecenderungan dalam diri untuk melaksanakan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA, memberi kekuatan untuk sentiasa mempertingkatkan azam melaksanakan ibadah yang terbaik buatNYA, di samping menjadikan harapan ganjaran Allah sebagai janji yang pasti, di dunia dan yang lebih utama, buat bekalan di akhirat nanti.

Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai nege.ri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat "Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas.

Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripacla belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik kepacla asas tauhid. Titik-tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.

Pengisian kemerdekaan adalah yang terpenting. Baginda Rasulullah memperlihatkan kekemasan misi dan ketajaman visi apabila mentadbir negara Islam pertama Madinah. Kaum Aus dan Khazraj yang baru mengenali makna merdeka, kaum Muhajirin yang selama 13 tahun terbelenggu dengan Quraisy Makkah dan penderitaan, kini mengenali erti bebas dan merdeka.

Pengisian yang terpandu memperlihatkan Madinah dan warganya menampilkan kefahaman yang betul tentang erti kemerdekaan dan kebebasan dalam kerangka pemikiran Islam atau nilai-nilai kehidupan, sehingga tidak wujud pengertian dan persepsi yang bercanggah dengan trend sosio budaya serantau. Dengan demikian, tiada mana-mana golongan rakyat yang boleh menjadi alat kuasa besar untuk memungkinkan penjajahan pemikiran, budaya, politik dan ekonomi yang mengancam kemerdekaan serta kebebasan negara.

Negara ini juga menampilkan suatu kerangka pembangunan pendidikan insan muslim dan benua yang lebih sesuai dengan situasi dan kondisi umat di rantau ini. Di samping meningkatkan pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh baik dari segi rohani, jasmani, mental, budaya, akhlak, ilmu, teknologi, kesedaran politik, ekonomi, disiplin dan daya pertahanan. Usaha berterusan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman dalam kerencaman latar belakang yang wujud, dengan meneguh dan memantapkan jatidiri umat dan rupabangsa rakyat selaras dengan nilai-nilai murni agama Islam dalam batas yang tidak bercanggah dengan agama rasmi negara iaitu Islam.

Islam mampu berperanan dalam memperkasakan kemerdekaan dengan wujudnya usaha penyatuan umat dalam suatu kerangka perjuangan yang selaras, menjadikan para cendekiawan dan sarjana Islam sebagai rujukan utama yang diiktiraf serta yang dapat menyelesaikan pertikaian hukum fiqh atau pemikiran sosio-politik dan sebagainya. Dengan usaha ini, diharapkan ianya dapat menampilkan wacana dan perspektif Islam yang murni dalam berbagai lapangan dengan cara yang menarik, selaras dengan tuntutan zaman dengan menggunakan berbagai teknik terkini untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian cara Islam.

Di barat, segala sesuatu diukur dan diambil kesimpulan hanya dirujuk dengan upaya akal saja. Di sinilah pentingnay kemerdekaan pemikiran. Persoalan dalam al-Quran, "Apakah kamu tidak berfikir" yang merujuk kepada orang-orang berakal tentang ketakjuban kejadian-Nya.

Firman Allah dama surah al Baqarah ayat 164 yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah S.WT turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu,Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan ".

Ayat di atas membawa mesej saintifik. Sains dalam tradisi orang Barat hanya menyangkut tentang kajian mengenai benda dan fenomena.

Sains dalam tradisi Islam tidak saja mengkaji tentang benda dan fenomena tetapi hal-hal di sebalik benda dan fenomena iaitu pertanda-pertanda kewujudan dan keperkasaan Allah S.W.T.. Manusia yang diciptakan mengatur sistem lebuh raya yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap berlaku. Allah S.W.T. jaclikan planet dan sistemnya berputar clan beredar secara teratur dan tertib tentunya membayangkan ada kuasa yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan atas sunnah-Nya. Ticlak mungkin planet dan sistemnya bergerak sendiri seperti ticlak mungkin kereta berjalan sendiri, kapalterbang terbang sendiri.

Akal yang berfikir tentunya memberikan taakulan bahawa sesuatu yang bergerak ada penggeraknya dan sesuatu yang terjadi ada penjadinya. Asas inilah yang menjadikan kebebasan pemikiran wujud dalam keadaannya yang fitrah. Kita berdoa kepada Allah agar diberikan keberkatan dalam setiap perkara yang dikurniakan.

Tidak terkecuali nikmat kemerdekaan ini. Keberkatan dari Allah amat diperlukan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan. Keberkatan ini juga adalah hasil dari usaha yang berterusan, berpancang perancangan strategik, penambahbaikan dan respon membina dan positif.

Semua ini akan mewujudkan ketenangan dan kesatuan masyarakat dan ummah, yang akan mendokong kesejahteraan negara

Wednesday, August 13, 2008

Bangsar Shopping Complex-MakeOver



BSC (Bangsar Shopping Complex) sekarang sedang rancak diubah-suai oleh Developer. Faedahnya pada lalu-lintas sudah lancar kerana tiada kereta-kereta yang diletak di tepi jalan utamanya.

Kita harap, setelah ubah-suai BSC selesai pihak pengurusannya akan mengubah Main-entrance ataupun, menyelia kereta-kereta yang diparking di jalan utama agar tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas kerana sikap pemilik kereta yang tidak bertanggung-jawab juga perkhidmatan joki yang disediakan.

Wakil Rakyat Baru Lembah Pantai

Sejak Nurul Izzah menang dalam pilihanraya ke 12 lalu, ramai rakyat Lembah Pantai tertanya-tanya apa yang nak dilakukan oleh Nurul di sini.

Program yang dianjurkan hanya meliputi penyokong Pakatan Rakyat , hanya penyokong Keadilan yang terlibat.

Pada mereka yang celik-IT terpaksa surf internet nak lihat aktiviti Nurul di Lembah Pantai. Bagaimana dengan makcik-pakcik di luar sana?

Itulah nasib warga Lembah Pantai yang telah memilih Nurul sebagai YB mereka dalam PRU 12 yang lalu...