Thursday, August 14, 2008

Pemilihan UMNO Lembah Pantai


Sudah tiba musim pemilihan UMNO di seluruh Negara. Tidak asing lagi, pertandingan sengit di Lembah Pantai yang mempunyai sejarah dan karenah politik UMNO nya tersendiri sejak dahulu lagi.

Kali ini pertandingan dari pelbagai peringkat , baik dari cawangan mahupun di 4 peringkat Kepimpinan Bahagian. Kekosongan jawatan menjadi rebutan para ahli UMNO khususnya dalam sayap Pemuda serta Puteri. Amalan Demokrasi dijadikan sandaran di mana ahli berhak memilih pemimpin yang difikirkan layak serta berkaliber dalam memimpin mereka.

Ahli Puteri contohnya bukan lagi naïf seperti ..4-7 tahun dahulu. Di mana mereka di cawangan disua- kan senarai nama yang akan bertanding ahli-jawatankuasa. Masa juga sudah berubah dan dunia kini semakin maju, ahli Puteri kini sudah “celik” dalam memilih pemimpin mereka di masa akan datang.

Antara nama yang menawarkan diri memegang jawatan ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai adalah seperti YB Nolee Ashilin Mohd Radzi dan Norasyikin Jaafar. Kedua-duanya mempunyai penyokong serta identiti tersendiri, potensi serta karisma dalam mempimpin Puteri UMNO Lembah Pantai.

Sementara Pemuda, Haji M Sazali Kamilan serta Harrun Anuar pula bertanding merebut Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang dikosongkan oleh Haji Norazmi Mohameddan kerana faktor umur.

Pertandingan jawatan dalam UMNO tidak harus ditakuti kelak membawa perpecahan kerana selagi pemikiran skeptikal membelenggu ahli UMNO selagi itulah UMNO tidak akan membawa perubahan minda serta perkembangan bangsa yang kompetitif, berilmu, maju , dihormati serta gah di Negara ini bersama bangsa lain.

Dalam era globalisasi, sesebuah bangsa perlu berdaya saing untuk sama-sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. Untuk itu, anjakan paradigma perlu dipupuk dikalangan Bangsa Melayu yang mana UMNO menjadi pejuang kegagahan Melayu seperti masa dahulu.

Maka, Puteri dan Pemuda UMNO perlu melengkapi diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan baik ilmu dunia mahupun akhirat serta kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang kerana dunia kini bergerak terlalu pantas sekali.

Puteri dan Pemuda UMNO perlu melipat-gandakan usaha mereka dalam memajukan anak muda di Lembah Pantai. Golongan muda perlu didekati dan dibajai kerana merekalah penentu kerajaan akan datang. Cabaran paling utama adalah merampas kembali Parlimen Lembah Pantai dari PKR.

Semoga Puteri dan Pemuda UMNO kali ini diterajui oleh mereka yang benar-benar layak dan berkarisma dalam membawa amanat UMNO. Golongan muda memerlukan pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban dan bermandi peluh disamping ahli umno dalam membawa UMNO ke era gemilang serta diangggap Relevan dikalangan bangsa Melayu.

No comments: