Saturday, April 11, 2009

Isu Pembangunan di Lembah Pantai

Isu sensitif yang sedikit sebanyak meragut kekalahan BN dalam PRU 12 lalu antaranya penempatan setinggan. Walaupun sebilangan besar penduduk setinggan telah berjaya ditempatkan di kediaman baru yang lebih selesa dan murah ada segelintir yang enggan berpindah dengan pelbagai alasan.

Semasa YM Dato' Raja Nong Chik memegang Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai sehingga Julai 2004, beliaulah yang turun naik DBKL memperjuangkan hak penghuni setinggan di Lembah Pantai di samping Wakil Rakyat ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penduduk Kampung Pasir Lama tentunya maklum akan hal ini di mana Dato Raja Nong Chik telah ke DBKL lebih 25 kali demi memperjuangkan penduduk di situ.

Isu terpencil yang dibesarkan pembangkang berkenaan isu setinggan telah mengaburi rakyat dalam PRU 12 lalu. Mereka yang tidak mahu berpindah disebabkan terlalu "demand" yang diketuai dan dihasuti agen pembangkang, maka tersebarlah mengatakan BN dan UMNO gagal menangani isu setinggan.

Setelah menang,PKR pula seolah langkah kanan ke Lembah Pantai kerana banyak isu telah pun diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN amnya. Nurul Izzah yang mentah dalam politik, menggunakan khidmat peguamnya bilamana berurusan dengan DBKL dan kementerian.

Kepada warga Lembah Pantai yang telah menerima jasa UMNO dan BN selama ini, bersyukurlah pada yang Kuasa kerana BN lah selama ini yang berjuang untuk rakyat di sini sebelum seorang yang gila kuasa nak menjadi Perdana Menteri Malaysia memporak-perandakan keharmonian serta perpaduan rakyat di negara ini.

No comments: